Thursday, November 10, 2011

KENAPA SAYA PILIH HERBALIFE??

Salam...


Apa khabar kawan-kawan? Mesti hairan kan baca new post saya hari ni....


Ramai dah tahu tentang produk Herbalife kan? Setelah bermacam-macam produk & pernah pergi ke slimming center akhirnya saya memilih Herbalife. Kenapa saya pilih Herbalife. Harap pembaca semua bacalah post saya ini sehingga habis. Sebelum tu...ini dia produk yg saya minum hari2 :) ...


KRONOLOGI SEBELUM SAYA MEMILIH HERBALIFE:


1)  Pada Julai tahun ini saya telah mencuba slimming pil selama 1 bulan. Selepas seminggu saya telah turun 3kg! Wow.. Best kan? Tetapi lepas sebulan saya hanya dapat turun 5kg! Saya tetap bersyukur.  Akhirnya saya pun meminta adik saya & kakak utk try produk tu. Memang banyak turun lah. Seronok diorang tu hehe


2)  Pada bulan Ogos saya telah mencabut IUD yg telah terpasang selama 3 tahun. Ini kerana saya berasa sudah bersedia untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Jadinya keinginan suami yg teringinkan baby & anak2 yg nak adik baru saya ingin penuhi.


3) Selepas saya mencabut IUD tersebut, saya terus berpantang agar tidak mengambil sebarang ubat2 termasuk panadol (kecuali asid folik).  Ini kerana saya perlukan badan yang bersih dari ubat-ubatan dan bahan kimia supaya dapat menyediakan kondisi yang baik untuk perkembangan bayi.


4) Masalah yang timbul adalah berat saya makin naik ke 67 kg! Saya amat takut bila mengandung, berat saya akan naik mendadak seperti sayang mengandung anak ke-2 iaitu berat 90kg! Tak naaaaaakkkk!


5) Akhirnya saya dipertemukan dgn seorang distributor Herbalife pada pesta Konvo yang lepas. Dari situlah bermulanya diet saya yang sihat. Jom ikuti kenapa akhirnya saya memilih Herbalife....


KENAPA HERBALIFE JD PILIHAN SAYA??


1)  Herbalife mempunyai cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Bila minum F1 yang sedap tu, saya tetap rasa kenyang selama 4 jam. Jadi sebelum saya disahkan mengandung, saya masih dapat menurunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa risau tentang bahan kimia/pengawet yang terdapat di dalam ubat-ubatan lain terutamanya pil slimming.


2) InsyaALLAH jika dalam masa terdekat saya mengandung, saya tetap akan minum Herbalife kerana zat yang baik di dalam Herbalife cukup untuk ibu & bayi yang dikandung. Jadi tak payah dah nak ambik Anmum. Cukup dengan Herbalife.


3) Apabila minum Herbalife semasa mengandung, berdasarkan pengalaman kawan saya, BERAT BADAN TIDAK AKAN NAIK MENDADAK! Wow! Itulah yang paling saya suka sbb saya sgt takut kalau berat badan naik mendadak. Nak turun punyalah payah.


4)  Semasa berpantang berat badan akan kembali kepada asal dan InsyaALLAH anak yang dilahirkan akan sihat dan aktif.  Air susu pun banyak dan badan pun cepat pulih seperti sedia kala. Best kan?


5) Selepas 2 minggu saya minum herbalife saya dah turun 3kg! Wow! Best gler.


6) Berbanding produk yang saya dah ambik sebelum ni Herbalife sangat jimat. Saya boleh jimat RM300 sebulan! Tak mahal pun. Yang penting, kalau nak sihat dan cantik mesti sanggup berkorban sikit.




TAHUKAN ANDA KENAPA SAYA SANGAT YAKIN DENGAN HERBALIFE?


1)  Herbalife adalah produk kesihatan yang tetah bertahan selama 31 tahun di seluruh dunia. Cuba anda perhatikan produk2 slimming di Malaysia. Sudah berapa tahun kah produk tersebut bertahan? 1 tahun? 2 tahun?  Adakah anda pasti tentang kesan jangka panjang tetang produk yang anda ambil?


2)  Herbalife telah diformulasikan oleh doktor-doktor pakar yang turut memenagi Anugerah Noble beserta spesifikasi yang amat ketat.  Sudah pasti Herbalife mempunyai kualiti yang amat tinggi.


3)  Herbalife telah diterima sebanyak 68 buah negara terkemuka termasuk Malaysia, dan sudah berjuta-juta orang telah menikmati khasiatnya. Cuba cari produk Malaysia, tak payah pergi jauh, try tgk kat Singapore ada tak produk kita?


Apabila ambil makanan yang sihat cukup dengan zat & nutrien yang diperlukan oleh badan, automatik badan kita akan berasa lebih sihat. Di sini saya senaraikan penyakit2 yang boleh dikurangkan/pulih setelah badan kita sihat:



  • Kegemukan
  • Terlalu kurus
  • Jerawat
  • Migrain
  • Buasir
  • Senggugut
  • Sembelit
  • Eczema
  • Kanser
  • Resdung
  • Letih/Lembab
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Sakit buah pinggang
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Athma
  • Dan bermacam-macam lagi penyakit duniawi....
So, anda bila lagi nak try?? Segala apa yang kita inginkan bertitik tolak kepada diri kita sendiri. Produk ini hanya membantu atas keizinan ALLAH SWT.  Tetapi kita sendiri mesti DISIPLIN & ITIQAMAH untuk mencapai matlamat diri. Niatkan untuk kesejahteraan & kesihatan diri. InsyaALLAH segala USAHA akan BERHASIL!!

Terima kasih... saya cuma berkongsi yang terbaik untuk semua.




Resipi ~ Baked Beef Macaroni

Salam semua...

Jangan tension2 nak kurus. Hidup mesti dinikmati ok. Jangan lah berdiet sampai taknak makan langsung. Ok di sini saya nak share resipi yang enak tapi menyehatkan ni. Rugi kalau tak try. Tapi.... ingat!.... makan boleh makan jangan berlebihan tau! Bertambah pulak spare tyre kat perut tu... Jangan salahkan akak ahaks :) ...

Yummy...mmg nampak sedapkan. Yang ni saya buat khas utk my bff bday special Sh. Rohana. So satu casserol lg sy buat untuk family di Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Resipi ni senang sgt. Rugi tak try...

Bahan-bahan:



250g shell/tubed macaroni, rebus hingga al dante

250g/sepaket daging cincang (minced meat)

150g Mozarella / Parmesan cheese - diparut (nk lg byk pun boleh)

Sebuku/ 180g cheddar cheese juga diparut

3 batang sederhana besar lobak merah

3 batang saleri

1 labu besar bawang besar dipotong dadu / dicincang ikut suka

2-3 ulas bawang putih dicincang halus

1 tin cendawan butang (kalau x suka xyah letak)

1 tin besar tomato paste

1 sudu kecil perasa ayam

1 sudu gula

Garam secukup rasa

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk oregano

1 sudu besar tepung gandum

Minyak untuk menumis

Segelas air

Cara-cara menyediakan:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sementara itu tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing dan naik bau. Masukkan minced meat atau daging kisar. Masak hingga empuk. Masukkan carot & saleri. Gaul sebati dan masak lagi. Kemudian masukkan pati tomato. Gunakan tin tomato dan masukkan air untuk dimasukkan kedalam kuali. Kacau dan masak hingga air berkurangan agak2 setengah. Masukkan gula dan perasa ayam. Agak macam nak kering masukkankan cendawan dan macaroni yg telah siap direbus. Ingat! Sentiasa kacau sebati supaya tiada kerak. Kecilkan api dapur. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau sebati. Masukkkan tepung dan kacau sehingga pekat dan nampak kering. Tutupkan api dapur. Tuangkan mozarella cheese, (kalau xde mozarella, parmesan cheese or cheddar cheese pon boleh. Tp mozarela cheese apabila panas ia kelihatan seperti bergetah, ala mcam kita makan pizza tu). Kacau sebati dan boleh masukkan dalam casserol. Tekan2kan dgn sudu. Pastu taburkan setengah chedar cheese yg telah diparut dipermukaan atas. Sedia utntuk dibakar selama 20minit (api atas bawah ok). Depends dgn jenis oven. Ada yg cpt ada yg lambat. So kalau nampak cheese dh mcm nk brown off kan oven. Taburkan separuh lg cheese td dan biarkan saja dlm oven. Nanti cheese tu akan melt sendiri. Dah siap... For garnishing, bolehlah nk letak sos ke, mayonnaise ke or potongan cili & daun bawang. Terpulang. Hidang panas2 ok. Kalau tak abis (biasanya cpt jer licin hik hik) atau ada yg nk simpan utk bfast esok, boleh panaskan mcm biasa dlm microwave. Ok semua... Selamat Mencuba... Nanti das akan share mcm mn nk buat Beef Lasagna pulak (ni my favorite sis, Dorina yg salu order hehe)