Saturday, November 12, 2011

Choc chip Pancake with Cheesy Frosting

Assalamualaikum....

Pagi tadi ntah untuk kesekian kalinya my daughter Yasmine Dlaila asked me to make her favorites pancake. Hmm actually its just an ordinary pancake. Tak tau lah naper my kids suka sgt. Ok, resepi memang sangatlah senang, and I bet your kids will love it too.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandung
  • 1 cawan full cream milk
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu besar gula halus
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit serbuk cinnamon ( kalau tak suka jgn letak)
  • Setengah cawan choc chips
  • Butter/ corn oil 

Cara-cara:
  • Ayak tepung dan gaul rata bersama garam. 
  • Masukkan susu dan kacau sebati
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur 
  • Pecahkan telur dan kacau hingga sebati
  • Masukkan vanilla esen & cinnamon
  • Cairkan butter/panaskan corn oil. Hati2 gunakan api kecil sahaja.
  • Sendukkan adunan tadi. Agak bahagian bawah dah kekuningan, taburkan choc chip sebanyak yang anda suka.
  • Terbalikkan adunan sehingga kedua2 bahagian masak
Bahan & cara untuk cheesy frosting:

  • Gaul butter (50g pada suhu bilik) dan cream cheese (50g pd suhu bilik) dan gula ising sehingga sebati dan lembut.
  • Siap untuk dimakan

Tadaaaaa!


P/S: Nilah hasilnya, taklah cantek sgt tp dijamin sedap tau. Kalau nak buat minum petang bersama keluarga pun boleh. Tpi gantikan dengan aiskrim vanilla. Wow!

No comments:

Post a Comment