Saturday, November 12, 2011

BEEF LASAGNA

Salam petang yang indah

Ok nilah resepi yang saya janjikan untuk kak Zaini & rakan2. Yang ni pulak my sister Dorina fav's. Entah berapa kali dah dia tempah suruh buat. Ni das dah nak balik UKM pun dia nak juga. Mengenangkan betapa sayangnya pada kakak ku itu kugigihkan jua hehe. So dapatlah share ngan kawan2.



Ok nak buat lasagna ni senang sangat macam buat macaroni jugak. Tips nya, banyak kan cheese yer cik yah, memang meletops. Tp itulah, memang diakui cheese kat Malaysia ni mahal kan. Tak mampu nak buat bendalah ni hari-hari huhu. Orite taknak cakap banya. Ni bahan2 nya.


 Bahan-bahan:

  • 2 paket (each 50g) minced meat. Nak guna hotdog or minced chicken pun boleh
  • Satu kotak pasta Lasagna San Remo, brand lain pun boleh
  • 2 labu bawang besar di cincang
  • 3-4 biji bawang putih dicincang
  • 3 batang carot dipotong dadu
  • 3 batang saleri  dipotong kecil
  • 250 g mozzarella/cheddar cheese diparut (sliced cheese tu utk emergency kalau nk tambah ahaks)
  • 1 tin cendawan butang dihirin nipis
  • 1 tin besar pati tomato
  • 1 sudu besar gula
  • Setengah sudu besar garam (ikutlah kalau xnak masin kurangkan)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil tyme
  • 1 cube pati ayam
  • Minyak untuk menumis
  • Saya gunakan 2 biji loyang bersaiz 9 x 5 x 2.5 inci
Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan carot dan saleri. Setelah seketika masukkan daging dan masak hingga empuk. Masukkan cendawan, gaul lagi. Tuangkan pati tomato dan masukkan air secawan. Masak hingga mereneh. Masukkan gula, garam, lada sulah, pati ayam, rosemary, thyme dan oregano satu persatu. Kacau sebati dan masak sehingga air tinggal sedikit. (Jangan biarkan kering). Tutup api.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan minyak pada loyang supaya tidak melekat. Susunkan pasta lasagna dahulu seperti ini, pasta yang saya beli kali ni besar2 so patah2kan ajer.


Lepas tu, masukkan adunan daging dan ratakan seperti ini,


Then taburkan cheese, 


Kemudian, ulangi dengan pasta, adunan daging dan cheese. Pastikan lapisan yang paling atas sekali adalah daging dan cheese. Masak sehingga 20min api atas bawah. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja, masak lagi sehingga 10 min (untuk pastikan pasta benar2 masak).  So inilah hasilnya.



Emmm yummy...selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment