Saturday, November 12, 2011

BEEF LASAGNA

Salam petang yang indah

Ok nilah resepi yang saya janjikan untuk kak Zaini & rakan2. Yang ni pulak my sister Dorina fav's. Entah berapa kali dah dia tempah suruh buat. Ni das dah nak balik UKM pun dia nak juga. Mengenangkan betapa sayangnya pada kakak ku itu kugigihkan jua hehe. So dapatlah share ngan kawan2.



Ok nak buat lasagna ni senang sangat macam buat macaroni jugak. Tips nya, banyak kan cheese yer cik yah, memang meletops. Tp itulah, memang diakui cheese kat Malaysia ni mahal kan. Tak mampu nak buat bendalah ni hari-hari huhu. Orite taknak cakap banya. Ni bahan2 nya.


 Bahan-bahan:

  • 2 paket (each 50g) minced meat. Nak guna hotdog or minced chicken pun boleh
  • Satu kotak pasta Lasagna San Remo, brand lain pun boleh
  • 2 labu bawang besar di cincang
  • 3-4 biji bawang putih dicincang
  • 3 batang carot dipotong dadu
  • 3 batang saleri  dipotong kecil
  • 250 g mozzarella/cheddar cheese diparut (sliced cheese tu utk emergency kalau nk tambah ahaks)
  • 1 tin cendawan butang dihirin nipis
  • 1 tin besar pati tomato
  • 1 sudu besar gula
  • Setengah sudu besar garam (ikutlah kalau xnak masin kurangkan)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil tyme
  • 1 cube pati ayam
  • Minyak untuk menumis
  • Saya gunakan 2 biji loyang bersaiz 9 x 5 x 2.5 inci
Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan carot dan saleri. Setelah seketika masukkan daging dan masak hingga empuk. Masukkan cendawan, gaul lagi. Tuangkan pati tomato dan masukkan air secawan. Masak hingga mereneh. Masukkan gula, garam, lada sulah, pati ayam, rosemary, thyme dan oregano satu persatu. Kacau sebati dan masak sehingga air tinggal sedikit. (Jangan biarkan kering). Tutup api.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan minyak pada loyang supaya tidak melekat. Susunkan pasta lasagna dahulu seperti ini, pasta yang saya beli kali ni besar2 so patah2kan ajer.


Lepas tu, masukkan adunan daging dan ratakan seperti ini,


Then taburkan cheese, 


Kemudian, ulangi dengan pasta, adunan daging dan cheese. Pastikan lapisan yang paling atas sekali adalah daging dan cheese. Masak sehingga 20min api atas bawah. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja, masak lagi sehingga 10 min (untuk pastikan pasta benar2 masak).  So inilah hasilnya.



Emmm yummy...selamat mencuba!

Choc chip Pancake with Cheesy Frosting

Assalamualaikum....

Pagi tadi ntah untuk kesekian kalinya my daughter Yasmine Dlaila asked me to make her favorites pancake. Hmm actually its just an ordinary pancake. Tak tau lah naper my kids suka sgt. Ok, resepi memang sangatlah senang, and I bet your kids will love it too.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandung
  • 1 cawan full cream milk
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu besar gula halus
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit serbuk cinnamon ( kalau tak suka jgn letak)
  • Setengah cawan choc chips
  • Butter/ corn oil 

Cara-cara:
  • Ayak tepung dan gaul rata bersama garam. 
  • Masukkan susu dan kacau sebati
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur 
  • Pecahkan telur dan kacau hingga sebati
  • Masukkan vanilla esen & cinnamon
  • Cairkan butter/panaskan corn oil. Hati2 gunakan api kecil sahaja.
  • Sendukkan adunan tadi. Agak bahagian bawah dah kekuningan, taburkan choc chip sebanyak yang anda suka.
  • Terbalikkan adunan sehingga kedua2 bahagian masak
Bahan & cara untuk cheesy frosting:

  • Gaul butter (50g pada suhu bilik) dan cream cheese (50g pd suhu bilik) dan gula ising sehingga sebati dan lembut.
  • Siap untuk dimakan

Tadaaaaa!


P/S: Nilah hasilnya, taklah cantek sgt tp dijamin sedap tau. Kalau nak buat minum petang bersama keluarga pun boleh. Tpi gantikan dengan aiskrim vanilla. Wow!

Thursday, November 10, 2011

KENAPA SAYA PILIH HERBALIFE??

Salam...


Apa khabar kawan-kawan? Mesti hairan kan baca new post saya hari ni....


Ramai dah tahu tentang produk Herbalife kan? Setelah bermacam-macam produk & pernah pergi ke slimming center akhirnya saya memilih Herbalife. Kenapa saya pilih Herbalife. Harap pembaca semua bacalah post saya ini sehingga habis. Sebelum tu...ini dia produk yg saya minum hari2 :) ...


KRONOLOGI SEBELUM SAYA MEMILIH HERBALIFE:


1)  Pada Julai tahun ini saya telah mencuba slimming pil selama 1 bulan. Selepas seminggu saya telah turun 3kg! Wow.. Best kan? Tetapi lepas sebulan saya hanya dapat turun 5kg! Saya tetap bersyukur.  Akhirnya saya pun meminta adik saya & kakak utk try produk tu. Memang banyak turun lah. Seronok diorang tu hehe


2)  Pada bulan Ogos saya telah mencabut IUD yg telah terpasang selama 3 tahun. Ini kerana saya berasa sudah bersedia untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Jadinya keinginan suami yg teringinkan baby & anak2 yg nak adik baru saya ingin penuhi.


3) Selepas saya mencabut IUD tersebut, saya terus berpantang agar tidak mengambil sebarang ubat2 termasuk panadol (kecuali asid folik).  Ini kerana saya perlukan badan yang bersih dari ubat-ubatan dan bahan kimia supaya dapat menyediakan kondisi yang baik untuk perkembangan bayi.


4) Masalah yang timbul adalah berat saya makin naik ke 67 kg! Saya amat takut bila mengandung, berat saya akan naik mendadak seperti sayang mengandung anak ke-2 iaitu berat 90kg! Tak naaaaaakkkk!


5) Akhirnya saya dipertemukan dgn seorang distributor Herbalife pada pesta Konvo yang lepas. Dari situlah bermulanya diet saya yang sihat. Jom ikuti kenapa akhirnya saya memilih Herbalife....


KENAPA HERBALIFE JD PILIHAN SAYA??


1)  Herbalife mempunyai cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Bila minum F1 yang sedap tu, saya tetap rasa kenyang selama 4 jam. Jadi sebelum saya disahkan mengandung, saya masih dapat menurunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa risau tentang bahan kimia/pengawet yang terdapat di dalam ubat-ubatan lain terutamanya pil slimming.


2) InsyaALLAH jika dalam masa terdekat saya mengandung, saya tetap akan minum Herbalife kerana zat yang baik di dalam Herbalife cukup untuk ibu & bayi yang dikandung. Jadi tak payah dah nak ambik Anmum. Cukup dengan Herbalife.


3) Apabila minum Herbalife semasa mengandung, berdasarkan pengalaman kawan saya, BERAT BADAN TIDAK AKAN NAIK MENDADAK! Wow! Itulah yang paling saya suka sbb saya sgt takut kalau berat badan naik mendadak. Nak turun punyalah payah.


4)  Semasa berpantang berat badan akan kembali kepada asal dan InsyaALLAH anak yang dilahirkan akan sihat dan aktif.  Air susu pun banyak dan badan pun cepat pulih seperti sedia kala. Best kan?


5) Selepas 2 minggu saya minum herbalife saya dah turun 3kg! Wow! Best gler.


6) Berbanding produk yang saya dah ambik sebelum ni Herbalife sangat jimat. Saya boleh jimat RM300 sebulan! Tak mahal pun. Yang penting, kalau nak sihat dan cantik mesti sanggup berkorban sikit.




TAHUKAN ANDA KENAPA SAYA SANGAT YAKIN DENGAN HERBALIFE?


1)  Herbalife adalah produk kesihatan yang tetah bertahan selama 31 tahun di seluruh dunia. Cuba anda perhatikan produk2 slimming di Malaysia. Sudah berapa tahun kah produk tersebut bertahan? 1 tahun? 2 tahun?  Adakah anda pasti tentang kesan jangka panjang tetang produk yang anda ambil?


2)  Herbalife telah diformulasikan oleh doktor-doktor pakar yang turut memenagi Anugerah Noble beserta spesifikasi yang amat ketat.  Sudah pasti Herbalife mempunyai kualiti yang amat tinggi.


3)  Herbalife telah diterima sebanyak 68 buah negara terkemuka termasuk Malaysia, dan sudah berjuta-juta orang telah menikmati khasiatnya. Cuba cari produk Malaysia, tak payah pergi jauh, try tgk kat Singapore ada tak produk kita?


Apabila ambil makanan yang sihat cukup dengan zat & nutrien yang diperlukan oleh badan, automatik badan kita akan berasa lebih sihat. Di sini saya senaraikan penyakit2 yang boleh dikurangkan/pulih setelah badan kita sihat:



  • Kegemukan
  • Terlalu kurus
  • Jerawat
  • Migrain
  • Buasir
  • Senggugut
  • Sembelit
  • Eczema
  • Kanser
  • Resdung
  • Letih/Lembab
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Sakit buah pinggang
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Athma
  • Dan bermacam-macam lagi penyakit duniawi....
So, anda bila lagi nak try?? Segala apa yang kita inginkan bertitik tolak kepada diri kita sendiri. Produk ini hanya membantu atas keizinan ALLAH SWT.  Tetapi kita sendiri mesti DISIPLIN & ITIQAMAH untuk mencapai matlamat diri. Niatkan untuk kesejahteraan & kesihatan diri. InsyaALLAH segala USAHA akan BERHASIL!!

Terima kasih... saya cuma berkongsi yang terbaik untuk semua.




Resipi ~ Baked Beef Macaroni

Salam semua...

Jangan tension2 nak kurus. Hidup mesti dinikmati ok. Jangan lah berdiet sampai taknak makan langsung. Ok di sini saya nak share resipi yang enak tapi menyehatkan ni. Rugi kalau tak try. Tapi.... ingat!.... makan boleh makan jangan berlebihan tau! Bertambah pulak spare tyre kat perut tu... Jangan salahkan akak ahaks :) ...

Yummy...mmg nampak sedapkan. Yang ni saya buat khas utk my bff bday special Sh. Rohana. So satu casserol lg sy buat untuk family di Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Resipi ni senang sgt. Rugi tak try...

Bahan-bahan:



250g shell/tubed macaroni, rebus hingga al dante

250g/sepaket daging cincang (minced meat)

150g Mozarella / Parmesan cheese - diparut (nk lg byk pun boleh)

Sebuku/ 180g cheddar cheese juga diparut

3 batang sederhana besar lobak merah

3 batang saleri

1 labu besar bawang besar dipotong dadu / dicincang ikut suka

2-3 ulas bawang putih dicincang halus

1 tin cendawan butang (kalau x suka xyah letak)

1 tin besar tomato paste

1 sudu kecil perasa ayam

1 sudu gula

Garam secukup rasa

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk oregano

1 sudu besar tepung gandum

Minyak untuk menumis

Segelas air

Cara-cara menyediakan:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sementara itu tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing dan naik bau. Masukkan minced meat atau daging kisar. Masak hingga empuk. Masukkan carot & saleri. Gaul sebati dan masak lagi. Kemudian masukkan pati tomato. Gunakan tin tomato dan masukkan air untuk dimasukkan kedalam kuali. Kacau dan masak hingga air berkurangan agak2 setengah. Masukkan gula dan perasa ayam. Agak macam nak kering masukkankan cendawan dan macaroni yg telah siap direbus. Ingat! Sentiasa kacau sebati supaya tiada kerak. Kecilkan api dapur. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau sebati. Masukkkan tepung dan kacau sehingga pekat dan nampak kering. Tutupkan api dapur. Tuangkan mozarella cheese, (kalau xde mozarella, parmesan cheese or cheddar cheese pon boleh. Tp mozarela cheese apabila panas ia kelihatan seperti bergetah, ala mcam kita makan pizza tu). Kacau sebati dan boleh masukkan dalam casserol. Tekan2kan dgn sudu. Pastu taburkan setengah chedar cheese yg telah diparut dipermukaan atas. Sedia utntuk dibakar selama 20minit (api atas bawah ok). Depends dgn jenis oven. Ada yg cpt ada yg lambat. So kalau nampak cheese dh mcm nk brown off kan oven. Taburkan separuh lg cheese td dan biarkan saja dlm oven. Nanti cheese tu akan melt sendiri. Dah siap... For garnishing, bolehlah nk letak sos ke, mayonnaise ke or potongan cili & daun bawang. Terpulang. Hidang panas2 ok. Kalau tak abis (biasanya cpt jer licin hik hik) atau ada yg nk simpan utk bfast esok, boleh panaskan mcm biasa dlm microwave. Ok semua... Selamat Mencuba... Nanti das akan share mcm mn nk buat Beef Lasagna pulak (ni my favorite sis, Dorina yg salu order hehe)


Tuesday, November 8, 2011

Malaysia Paling Ramai Gemuk Di Antara Asia Tenggara!

Salam....


Tgk tajuk tu WOW! Tahniah! 


Saya tertarik untuk menyebarkan artikel ini, sekurang2nya seorang dua yang membaca pun jadilah. Drpd satu artikel:


Menurut Menteri Kesihatan:


1) 5.5 juta rakyat Malaysia atau 43.7 peratus kurang menjalankn xtvt fizikal
2) 29.1 peratus berlebihan berat badan
3) Obesiti 14 peratus
4) Kadar obesiti wanita Malaysia lebih tinggi iaitu 17.4peratus
5) Kaum Melayu & India mencatatkan kadar obesiti tertinggi berbanding bangsa lain
6) Surirumah mencatatkan kadar obesiti sebanyak 20.3 peratus


Kenapa ? Adakah makanan di Malaysia antara yg paling sedap di Asia Tenggara? itu sudah pasti! Makanan kita sgt sedap, sukar untuk di elak kan? Dihari2 perayaan, kenduri kendara yg tak abis2 menyediakan makanan2 yg sedap. Sungguh menyelerakan, bukan? Makanan2 yang tinggi kadar kolestrol, tinggi lemak dan gula inilah penyumbang2 besar kpd "aksesori-aksesori" pada badan kita agar lebih gebu, gendut & gemuk! TIIDAAAAKKK!!!


Apa yang ingin saya share di sini adalah, tip kesihatan untuk kita hidup dengan lebih sihat.


Dari mana datangnya penyakit? Daripada gaya hidup pemakanan kita bukan? SAYA BUKAN PAKAR PEMAKANAN! Tapi saya ingin berkongsi sedikit dari pengalaman dan pembacaan saya. 


Jika anda mengikuti tip-tip ini dengan sabar dan istiqamah setiap hari InsyaAllah, anda boleh menjadi Biggest Looser untuk diri anda sendiri. 


1.  Elakkan lemak dan kurangkan karbohidrat


~ Susah jugak kan sbb makanan kt dipenuhi lemak2 & carbs ni. Tp slow2 kurangkan ok!


2.  Kurangkan gula


~ Ada yg berdiet sampai ikat perut xmkn apa2, lepas seminggu konon nak bg reward kt bdn sbb dh turun sekilo dgn makan fastfood & donut! Turun sekilo naik 2-3kg. Kenapa? Sbb terlebih gula akan menyumbangkan peningkatan berat bdn anda. 


3.  Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 


~ Sekiranya anda kurang makan, otak scr automatik akan memperlahankan xtvt metabolisme bdn. Lagi kerap makan lagi bgs supaya metabolisme semakin meningkat. Tapi awas, makan yg berkhasiat sj tau


4.  Makan sekurang2nya 3 jam sebelum tidur.


~ Kalau saya, biasa tidur pukul 10mlm, so sy akan stop makan sebelum 7malam. Ini kerana apabila kt makan sebelum tidur, makanan tidak sempat ditukarkan kepada tenaga. Maka berlakukan pengumpulan lemak.


5.  Bersenam dipagi hari


~ Apabila perut sudah kosong, inilah masa yg sgt sesuai utk bersenam kerana pada masa ini badan sgt aktif untuk membakar lemak. Lakukan sekurang-kurangnya 3x sehari selama 30 min. Jgn pula lepas tu bantai nasik lemak ok!


6.  Minum air kosong dengan banyak


~ Air kosong digunakan untuk 'flush' toksin2 dlm bdn kita. Minum sekurang2nya 3L sehari. Lagi berat bdn anda lagi byk air kena minum. Memang akan salu ketoilet. Itulah salah satu cara utk membuang toksik selain berpeluh.


Sampai di sini saja tip2 kesihatan untuk hari ini. Ingat mesti istiqamah & sabar. Ubahlah pemakanan anda bukan untuk org lain tetapi untuk kesihatan badan sendiri. Jangan jadi pewaris penyakit. Perwaris harta boleh hahahahah.... Just kidding. Be happy uols! & SELAMAT MENCUBA!




Adakah anda happy jika begini?  







I'M BACK!

Salam hormat semua!

Wah dah berabok rupenye blog ku ini huhuu.... dh hampir 2 thn kutinggalkan.

So dengan semangat yang baru saya dengan rasminya membuka balik blog ini. Saya akan share masakan2 sy, yg sedap maupun yg tak sedap hahahaha.... share kedai2 makan yg best serta menu nye sekali. Share tempat2 yg sy lawati. Tips2 kesihatan, lps makan mesti mau menten sihat okay!...

So nantikan post2 sya akan dtg. jom adik akak, kwn2, follow blog sy. Semoga yg baik2 sj yg kt boleh sharekan bersama2 disini ya. Check it out!